Bangunan Pentadbiran USIM


Kegagahan dan keindahan bangunan Pendatbiran Universiti Sains Islam Malaysia telah mula memikat dan menarik perhatian ramai pengguna lebuh raya di kawasan Nilai, Negeri Sembilan. Keunikan bangunan ini adalah berdasarkan bentuk dan kubah yang bercirikan seni bentuk Islam. Seperti bangunan-bangunan di Putrajaya, USIM juga mementingkan ciri keistimewaan dan kelebihan bentuk bagi setiap bangunan di dalam kampus. Ini adalah salah satu cara pihak USIM memberi penghargaan kepada para lepasan graduan untuk bangga selaku bekas penuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dengan tahap kemajuan yang telah dicapai oleh USIM.

Alumni Universiti Sains Islam Malaysia USIM



Assalamualaikum ditaburi dengan senyuman yang mesra. Blog Alumni USIM ini adalah bertujuan khas memperkasakan lepasan graduan bagi meningkatkan mutu peribadi dan USIM. Kami amat berbesar hati kerana anda sedia melawat ke ruangan ini. Setiap inci tindak balas anda terhadap ruangan kami, kami mulakan dengan jutaan terima kasih. Semoga ikatan silaturrahim kekal abadi dan diberkati.